Diskaun 50 peratus saman trafik dapat sambutan - Utusan Malaysia

Diskaun 50 peratus saman trafik dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Lebih 1,000 pesalah trafik di Lembah Klang mengambil kesempatan membayar tunggakan saman trafik selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, biarpun orang ramai mula membanjiri Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee di sini seawal pukul 7.30 pagi, kaunter pembayaran hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi tadi.

Jelasnya, setakat pukul 5.30 petang tadi, seramai 1,000 pesalah trafik telah menyelesaikan 4,000 saman walaupun kaunter telah ditutup  pukul 4.30 petang.

“Kita tetap akan menerima pembayaran saman walaupun ada dalam kalangan mereka telah lama menunggu untuk menyelesaikan tunggakan saman hingga selesai.

“Sebanyak tiga kaunter dibuka bagi membolehkan orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN