KUALA LUMPUR 20 Nov. – Dewan Muslimat Pas menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar setiap papan tanda jalan ditulis dalam bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan. Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh berkata, peraturan itu juga dilihat akan membawa kepada semangat dan jati diri perpaduan nasional. “Hal ini selari dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda jalan. “Biarpun Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, namun peruntukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sama sekali tidak boleh dipermainkan. “Muslimat Pas konsisten menyokong segala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya