GENK, Belgium 21 Nov. – Matteo Politano menyifatkan, kejayaan membantu Itali menumpaskan Amerika Syarikat (AS) 1-0 dalam aksi persahabatan di sini, hari ini adalah detik yang tidak akan dilupakan. Penyerang Inter Milan itu masuk sebagai gantian pada minit ke-87, dan berjaya menembusi gawang lawan, empat minit memasuki waktu kecederaan. “Ia petang yang tidak akan saya lupakan. Saya sangat gembira berjaya menjaringkan gol dan membantu pasukan mencatat kemenangan. “Kami menguasai perlawanan…










