Derby County kecewakan Lampard di Stamford Bridge - Utusan Malaysia

Derby County kecewakan Lampard di Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Nov. – Chelsea melangkah ke saingan suku akhir Piala Liga dan berterima kasih dengan dua gol sendiri skuad bimbingan Frank Lampard, Derby County yang membolehkan Blues menamatkan aksi dengan kemenangan 3-2 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Tottenham Hotspur turut melangkah ke saingan sama selepas Son Heung-min menjaringkan dua gol untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas West Ham United manakala Arsenal menempah slot lapan terakhir selepas bergelut untuk menang 2-1 ke atas Blackpool yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.

Turut melangkah ke saingan suku akhir awal pagi tadi ialah pasukan divisyen kedua, Middlesbrough yang tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace. – REUTERS

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini