Delph dipilih sebagai kapten England menentang Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Delph dipilih sebagai kapten England menentang Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Nov. – Fabian Delph telah dipilih sebagai kapten England untuk aksi persahabatan pasukan itu menentang Amerika Syarikat pada malam ini, demikian pengumuman pengurus skuad Three Lions, Gareth Southgate, hari ini.

Ini juga adalah pertama kali buat pemain tengah Manchester City itu mengalas tugas sebagai kapten buat England biarpun Delph memberitahu dia akan menyerahkan lilitan di lengan kepada Wayne Rooney apabila penyerang itu dimasukkan dari bangku simpanan sebagai simbolik perpisahannya selepas bersama England.

Delph dipilih bagi menggantikan kapten utama England, Harry Kane yang direhatkan daripada perlawanan persahabatan berkenaan.

“Fabian (Delph) akan menjadi kapten dan Wayne (Rooney) akan menyarung jersi nombor 10 dan kami percaya ia akan menjadi satu perlawanan penghargaan kepada penyerang berkenaan yang telah lama berbakti buat England sebelum ini.

“Ini juga adalah kali pertama Fabian menjadi kapten buat pasukan negaranya malah ia juga adalah satu ganjaran buat dia atas kecemerlangannya bersama pasukan,” kata Southgate. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN