SAUDARA PENGARANG, KEBIASAANNYA pada bulan September atau Oktober, cakap-cakap tentang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) sudah mula berlegar. Penulis-penulis berkongsi hantaran di Facebook atau menciap di Twitter. Peminat sastera meneka-neka novel siapakah yang akan menang kali ini? Karya siapakah yang bertuah kali ini? Kategori baharu Cerpen Media Baharu juga sudah diperkenalkan dan pada bulan September lalu mula dimuat naik di laman sesawang Utusan untuk dibaca. Tetapi tahun ini belum kelihatan…










