Dasar baharu melibatkan PATI jejas keselamatan negeri - Utusan Malaysia

Dasar baharu melibatkan PATI jejas keselamatan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Pelaksanaan dasar baharu kerajaan negeri berkaitan pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui pendaftaran dan kebenaran penggunaan bot pam di kawasan perairan Sabah dilihat mengugat keselamatan di negeri ini.

Datuk Japlin Akim (UMNO-Usukan) berkata, keamanan dan keselamatan rakyat di dalam sesebuah negeri sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan sebelum dasar baharu dilaksanakan.

Menurut Japlin, pelaksanaan dasar itu selain isu keselamatan, sektor pelancongan juga dijangka terjejas sekali gus membantutkan pembangunan ekonomi negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sabah kini aman, rakyat yang tinggal di negeri ini juga berasa selamat. Jangan sampai kita jalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu akan berasa takut.

“Peluang pendaftaran kepada PATI dan gelandangan menyebabkan mereka berduyun datang dan seolah-olah kehadiran mereka pula diiktiraf kerajaan.

“Lebih menakutkan jika program PATI diteruskan tanpa garis panduan yang ketat sukar untuk kita membendung kehadiran mereka kelak,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-15 di sini hari ini.

Selain pendaftaran PATI, Japlin turut mengkritik kebenaran pendaftaran lewat kelahiran dan dokumen pengenalan diri yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Japlin juga melahirkan kebimbangan tentang keselamatan perairan negeri apabila kerajaan membenarkan sistem barter dan penggunaan bot pam di perairan sekitar Sabah.

“Oleh itu  saya berharap kerajaan mengkaji semula dasar yang telah dilaksanakan terutama apabila ia memberi kesan kepada keamanan di negeri kita,” hujahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×