Dapur roboh dihempap tanah runtuh - Utusan Malaysia

Dapur roboh dihempap tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 4 Nov. – Dapur sebuah rumah penduduk roboh akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pelangai Hilir dekat sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Khairul Abd. Aziz berkata, kejadian itu berlaku susulan hujan lebat di daerah ini sejak petang semalam.

“Tanah lereng bukit setinggi kira-kira 30 meter di belakang rumah itu runtuh sebelum menghempap dapur rumah itu sehingga roboh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jarak antara lereng bukit dengan rumah itu cuma kira-kira empat meter,” katanya ketika dihubung di sini hari ini.

Khairul berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana penguni rumah berkenaan tiada di rumah semasa kejadian itu berlaku.

Menurutnya, penghuni rumah itu hanya menyedari kejadian berkenaan apabila mereka pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

ADS:D

Jelas beliau, seramai lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bersama sebuah jentera dikerahkan memberi bantuan selepas menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi.

“Kami tidak membenarkan rumah itu didiami buat masa ini kerana masih berlaku pergerakan tanah di bukit tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN