Dalic takut kena belasah lagi, lega Modric kembali beraksi - Utusan Malaysia

Dalic takut kena belasah lagi, lega Modric kembali beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZAGREB 14 Nov. – Naib juara dunia, Croatia mempunyai misi serampang dua mata apabila turun pada aksi ketiga Kumpulan 4 Liga Negara-Negara Eropah menentang Sepanyol di laman sendiri pada awal pagi Jumaat.

Selain memburu kemena­ngan pertama dalam kelompok liga paling elit itu, skuad bim­bingan Zlakto Dalic juga mahu mengelak daripada terus menjadi mangsa belasahan Sepanyol yang menang 6-0 dalam aksi pertama sebelum ini pada September lalu.

Atas keazaman itu, Dalic te­lah menyenaraikan 25 pemain terbaiknya termasuk tiga muka baharu untuk menghadapi Sepanyol sebelum bertandang ke Wembley pula menentang England pada 18 November.

“Saya memberi fokus penuh kepada perlawanan menentang La Roja. Kami perlukan kemenangan walaupun ramai yang tidak percaya kami mampu melakukannya dalam baki dua perlawanan itu.

“Kami akan cuba mengulangi apa yang berjaya kami lakukan di Rusia (Piala Dunia 2018) satu demi satu. Pertama bermula de­ngan Sepanyol,” kata Dalic kepada media tempatan baru-baru ini.

Croatia yang hanya memiliki 4.2 juta penduduk, selain tewas 0-6 kepada Sepanyol pada aksi pertama Kumpulan 4 di laman lawan juga hanya sekadar mampu seri 0-0 dengan England pada aksi kedua tanpa penonton di laman sendiri akibat dihukum Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Sehubungan itu, Dalic me­nge­sahkan tonggak utama, Luka Modric akan diturunkan buat kali pertama di depan penyokong sendiri selepas kembali mencapai kecergasan penuh selepas lama berehat sekembali daripada Piala Dunia 2018.

“Saya tidak ragu dengan kemampuannya. Dia adalah ketua berpengaruh dan akan berada pada tahap terbaik,” kata Dalic tentang pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan bintang Real Madrid itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN