JOHOR BAHRU – Taktik satu sindiket menyembunyikan 300 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM18 juta dalam penapis air sebelum diseludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berhasil apabila mereka ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri di sini, 1 November lalu. Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 30 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua…










