MAHASISWA universiti awam memulakan cuti pertengahan semester bermula 3 November lalu sehingga 11 November ini. Apakah aktiviti yang dirancang mereka? Adakah sekadar berehat di rumah, makan dan tidur sahaja dek lelah menghadiri kuliah dan menelaah buku di universiti? Ataupun bercuti bersama rakan-rakan sebaya untuk melepaskan tekanan dan mendapatkan semangat baharu sebelum memulakan semester kembali? Soalan yang sama diajukan kepada sekelompok pelajar di universiti ini. Rata- rata antara mereka menjawab: “Cutikah…










