KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri sebuah tong silinder gas petroleum cecair (LPG) dan dua kampit beras milik isterinya sendiri pada minggu lalu, seorang buruh dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Mohd. Rizal Moharapi, 34, yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa, Asisten Superintendan L. Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rizal didakwa mencuri sebuah tong gas jenama Petronas dan dua kampit beras milik isterinya, Suzilawati Ja’afar, 32,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya