SHAH ALAM 2 Nov. – Kira-kira lapan kawasan yang selama ini diklasifikasikan sebagai ‘hitam’ akibat berleluasanya kes kecurian motosikal di bandar raya ini berjaya diputihkan selepas tumpasnya 15 geng curi kenderaan itu yang didalangi warga tempatan. Daripada 15 geng tersebut, masing-masing empat dilumpuhkan semasa fasa pertama dan kedua Ops Lejang Khas manakala baki tujuh lagi ahli kumpulan ditumpaskan dalam fasa ketiga yang bermula sejak Jun lalu, apabila tertangkapnya 95 individu.…










