Curi motosikal jenayah paling banyak libatkan belia Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Curi motosikal jenayah paling banyak libatkan belia Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jenayah paling banyak dilakukan belia di Pulau Pinang melibatkan curi motosikal yang merekodkan 551 orang bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober lalu, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini. 

Pengerusi Jawantankuasa Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee berkata, ini diikuti samun berkawan tanpa senjata yang merekodkan 338 belia, mencederakan orang (333 belia) serta kes pecah rumah dan curi (307 orang).

Bagi menangani permasalahan jenayah melibatkan generasi muda, kerajaan negeri merangka pelbagai program termasuk bekerjasama dengan polis dan jabatan penjara bagi mereformasikan siasah belia, katanya menjawab soalan Joseph Ng Soon Siang (PH-Air Itam).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu katanya pada mesyuarat bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beliau telah mengusulkan agar diadakan program lawatan ke penjara bagi memberi kesedaran kepada remaja.

Lawatan itu patut diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bermula tahun depan dalam usaha mencegah remaja terbabit jenayah, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×