PUTRAJAYA 1 Nov. – Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan mengenai pelaksanaan cukai eksais terhadap minuman bergula dalam usaha mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan untuk polisi berkenaan telah pun dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya hari ini. Jelas beliau, pelaksanaan cukai berkenaan telah dilakukan di negara-negara…










