BELANJAWAN 2019 yang akan diumumkan esok, adalah sangat penting kerana ia akan menetapkan hala tuju negara pada tahun-tahun mendatang. Pengumuman Belanjawan 2019 juga akan menentukan arah dan sokongan terhadap pertumbuhan sektor digital di Malaysia.
Ini telah disahkan sendiri oleh ahli ekonomi dan pakar pasaran memandangkan kerajaan telah memulakan input Belanjawan 2019 pada 15 Oktober lalu. Selain itu, ia menawarkan peluang yang besar bagi membaik pulih dan mereformasi ekonomi oleh kerajaan yang baru dipilih. Kerajaan Malaysia menjalani pembaharuan besar pada 9 Mei lalu, apabila rakyat Malaysia telah memilih parti pembangkang sebagai peneraju negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Perubahan besar dalam kerajaan kini membawa kepada pengenalan falsafah yang berbeza pendapat mengenai bagaimana kewangan diuruskan. Ini ketara bila kita melihat beberapa projek bernilai berbilion ringgit dibatalkan, pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan banyak lagi dalam jangka masa yang singkat.
Sebelum kita menamatkan tahun ini, rakyat Malaysia sedang mempersiapkan diri untuk satu lagi pengumuman besar iaitu peruntukan di bawah Belanjawan 2019 pada hujung minggu ini.
Malaysia mungkin menjadi negara kedua di Asia Tenggara untuk memperkenalkan Cukai Digital
Pakar-pakar telah menekankan bahawa Belanjawan 2019 akan melihat pengenalan Cukai Digital. Jika benar, Malaysia akan menjadi negara kedua di Asia Tenggara selepas Singapura memperkenalkan skim cukai bagi sektor digital.
Pengenalan skim cukai ini bertujuan untuk mewujudkan landskap perniagaan yang adil dan saksama antara perniagaan antarabangsa dan tempatan dalam sektor digital. Perniagaan digital global sering mengelak daripada membayar cukai di Malaysia, atas alasan bahawa syarikat mereka tidak hadir secara fizikal di negara ini.
Oleh itu, firma-firma digital antarabangsa mengisytiharkan keuntungan mereka di negara yang mana mempunyai ibu pejabat mereka. Ini menyebabkan negara-negara seperti Malaysia kehilangan hasil cukai. Ini juga menjelaskan mengapa produk tertentu daripada laman web antarabangsa lebih murah daripada produk yang sama yang dijual oleh peniaga tempatan. Di samping itu, Cukai Digital boleh membantu mengukuhkan dan memperluaskan asas hasil kerajaan.
Isu berkaitan Cukai Digital
Walaupun niat inisiatif ini baik, beberapa pakar dan pemilik perniagaan bimbang tentang kemungkinan kesan negatifnya terhadap syarikat teknologi dan pemain e-dagang. Ada yang menyatakan bahawa pengenalan cukai akan menambah lapisan cukai yang boleh menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan dalam talian untuk semua.
Yap Shin Siang, seorang Perunding Cukai daripada YYC, menyatakan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenal pasti bayaran pemasaran digital kepada syarikat bukan pemastautin sebagai pendapatan royalti dan dengan itu mereka dikenakan Cukai Pegangan (WHT).
WHT adalah cukai dikenakan ke atas perniagaan Malaysia apabila jenis pembayaran tertentu (faedah, royalti, perkhidmatan) dibuat kepada syarikat bukan pemastautin. Oleh itu, pengenalan Cukai Digital meningkatkan kebarangkalian kesan cukai dua atau tiga ke atas perniagaan.
Christy Ng, pengasas syarikat kasut wanita dalam talian ChristyNg.com apabila mengulas mengenai Cukai Digital, menyatakan: “Cukai ini digunakan untuk perniagaan e-dagang adalah tidak praktikal. Kami kini perlu membayar SST dan skim cukai tambahan mungkin terlalu banyak untuk perniagaan. Berapa banyak sistem cukai yang kita perlukan.”
Mengenai mekanisme cukai, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) meramalkan bahawa mungkin terdapat dua jenis cukai yang akan diperkenalkan.
Satu mungkin menjadi `cukai langsung’ yang menyasarkan keuntungan syarikat digital asing menjalankan perniagaan di Malaysia. Dan yang lain mungkin `cukai tidak langsung’ iaitu cukai penggunaan (seperti SST) kepada syarikat asing yang menjual barangan dan perkhidmatan digital ke Malaysia, dibayar oleh pengguna.
Dengan banyak kebimbangan, kerajaan telah mengakui kebimbangan perniagaan dan berusaha untuk memperkenalkan skim cukai yang adil dan memberi terlalu banyak beban untuk semua.
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Amiruddin Hamzah ketika mengulas mengenai Cukai Digital berkata: “Kami sedang meneliti perkara itu secara mendalam. Kami akan memperkenalkan mekanisme baru tetapi kami masih mengkaji implikasi cukai. Jika kita mengetepikan perkara ini (cukai digital), saya fikir negara akan kehilangan pendapatan penting.’’
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyebut bahawa LHDN dijangka bekerjasama rapat dengan badan-badan antarabangsa untuk menangani isu-isu cukai antarabangsa yang berkaitan dengan ekonomi digital dan perkongsian.
Jeremy Chew adalah Pemasar Kandungan Kanan iPrice Group (https://iprice.my)











