CYBERJAYA – Cukai baharu yang bakal diumumkan dalam Belanjawan 2019 kali pertama dibentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini tidak akan membebankan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pengenalan cukai baharu itu dicadangkan oleh Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan untuk mengkaji langkah sewajarnya bagi meningkatkan cukai progresif tanpa membebankan golongan berpendapatan terendah (B40). Menurut beliau, sebahagian besar daripada hasil yang dikutip melalui cukai itu nanti akan dikembalikan semula…










