CYBERJAYA – Cukai baharu yang akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 tidak akan membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau berkata, pengenalan cukai baharu itu dicadangkan oleh Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan untuk mengkaji langkah sewajarnya bagi meningkatkan cukai progresif tanpa membebankan golongan berpendapatan terendah (B40). Menurutnya, sebahagian besar daripada hasil yang dikutip nanti akan dikembalikan semula kepada rakyat dan selebihnya untuk membayar balik hutang negara yang…










