KOTA BHARU 5 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan elaun risiko berjumlah RM200 untuk kira-kira 14,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Presidennya Datuk Azih Muda berkata perkara itu sudah lama dibincangkan oleh kerajaan dan sudah tiba masanya untuk ia dilaksanakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan dilakukan anggota agensi penyelamat tersebut yang bergadai nyawa ketika menjalankan operasi. “Cuepacs berharap agar kerajaan dapat…










