Cuci mata di kedai gunting rambut - Utusan Malaysia

Cuci mata di kedai gunting rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Nov. – Cuci mata di kedai gunting rambut. Pelik tetapi itu realiti.

Cuci mata ini bukan peribahasa tetapi salah satu perkhidmatan yang diperkenalkan di Kedai Gunting Rambut Nawi di bandar ini.

Menurut seorang pekerja kedai tersebut, perkhidmatan itu diperkenalkan sejak tahun 80-an lagi kepada para pelanggannya.

“Cuci mata bukan bermakna kita gosok ‘biji’ mata. Kita cuci di bahagian dalam kelopak mata khususnya bahagian bawah.

“Tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan tetapi kita sudah ada pelanggan tetap sejak dahulu terutama generasi lama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pekerja yang berasal dari selatan Thailand yang enggan dikenali itu enggan ditembubual lebih lanjut kerana tidak mendapat kebenaran daripada majikannya. Dan usaha untuk menghubungi majikannya gagal.

Selain mencucui mata, kedai tersebut turut menyediakan perkhidmatan mencuci telinga. Kedua-dua perkhidmatan tersebut masing-masing dikenakan bayaran sebanyak RM6.

Kedai Gunting Nawi turut menyediakan hampir kesemua perkhidmatan yang ditawarkan di salon biasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN