TANGISAN suara halus yang keluar daripada tubuh kecil bayi berusia 19 bulan lewat petang itu memecahkan kesunyian ruang sebuah hospital kanak-kanak yang terletak di Larkana, Pakistan. Sejak berumur tiga bulan, Anila Ali merupakan pesakit tetap yang datang mendapatkan rawatan di hospital itu. Malang bagi kanak-kanak yang menetap di Dokri, Wilayah Sindh ini apabila didiagnosis dengan penyakit Craniosynostosis sejak dilahirkan pada Februari 2017. Craniosynostosis ialah penyakit jarang berlaku menyebabkan bayi dilahirkan…










