KUALA LUMPUR – Coolblog Dessert Sdn. Bhd. (Coolblog) merancang untuk membuka dua buah cawangan setiap bulan bermula tahun 2019 sebagai usaha menambah bilangan outletnya di seluruh negara selain mengukuhkan kedudukan syarikat. Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasarannya, Zaidi Zakaria berkata, setiap cawangan baharu itu bakal menelan kos pelaburan kira-kira RM150,000 hingga RM200,000 bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, kadar sewa kedai dan juga saiz outlet. “Semua cawangan baharu ini bakal diuruskan…










