KUBANG PASU 21 Nov. – Daripada sekadar menjual tudung untuk muslimah secara dalam talian, kini lima adik-beradik ini boleh berbangga kerana titik peluh mereka sejak lebih sedekad dahulu semakin membuahkan hasil apabila jenama pakaian dari Butik Cindai semakin diterima ramai. Begitu juga daripada sekadar berniaga kecil-kecilan di rumah sehingga memiliki butik sendiri di pekan Jitra di sini koleksi Cindai kini menembusi pasaran di kota metropolitan apabila jenama pakaian berkenaan turut…










