Cikgu besar terima rasuah direman - Utusan Malaysia

Cikgu besar terima rasuah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tiga orang guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran, di sini direman selama tiga hari berhubung kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000 berkaitan penukaran guru di sekolah ter­babit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah tahanan reman yang bermula semalam dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Azimah Mohd. Yusof bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sumber SPRM ber­kata, ketiga-tiga lelaki berusia 35, 41 dan 52 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini kira-kira pukul 3.25 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati seorang guru berusia 41 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Pandamaran di sini telah meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM5,000 daripada pengadu yang juga guru berusia 35 tahun.

“Perbuatan itu dipercayai sebagai balasan supaya guru besar berusia 52 tahun menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain,” katanya.

Tambahnya, ketika penahanan dibuat, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

6 Februari 2017
Seorang guru besar sekolah kebangsaan berusia 56 tahun dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan menerima cek bernilai RM1,500 dan wang tunai RM2,900 bagi melanjutkan kontrak kantin sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sekitar Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN