Chun Yong puas hati prestasi pasukan walaupun hanya naib juara - Utusan Malaysia

Chun Yong puas hati prestasi pasukan walaupun hanya naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Jurulatih skuad futsal negara Chiew Chun Yong berpuas hati dengan prestasi keseluruhan yang dipamerkan anak-anaknya walaupun sekadar mengekalkan pencapaian edisi lalu apabila tewas 2-4 kepada Thailand dalam perlawanan akhir Kejohanan AFF 2018 di Yogyakarta hari ini.

Ujarnya, Malaysia tetap memberikan tentangan sengit apabila berupaya menjaringkan gol selain mencipta banyak peluang ketika menentang raja futsal Asia Tenggara itu yang kini mengumpul 13 gelaran keseluruhan.

Tambahnya, skuad negara yang menokok gelaran naib juara buat kali keempat sejak dianjurkan pada 2001 bermain secara berani dengan sentiasa memberi tekanan kepada Thailand sehinggakan pasukan negara Gajah Putih itu banyak kehilangan bola.

“Saya sangat kagum dengan prestasi skuad kebangsaan dalam kejohanan kali ini di mana Malaysia mempamerkan banyak aspek positif terutama ketika menentang Indonesia, Vietnam dan Myan­mar.

“Secara teknikalnya, Thailand lebih bagus daripada kami. Pasukan Malaysia telah mengikut arahan saya dengan baik cuma kita dipisahkan dengan tenaga fizikal kerana kami menempuh tiga perlawanan yang sukar sebelum ke final,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN