KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan dirinya bebas daripada kanser hidung dan bersedia untuk kembali ke gelanggang pada Disember ini.
Menurut bekas pemain No. 1 dunia itu, berita tersebut disampaikan oleh pakar perubatan dari Taiwan selepas dia selesai melakukan rawatan susulan Selasa lalu.
“Saya baru pulang dari Taiwan kelmarin (Selasa) dan boleh katakan bahawa saya berada dalam keadaan terbaik untuk kembali ke gelanggang. Namun, saya akan kembali secara perlahan-lahan kerana perlu mencari kecergasan semula dan pada masa sama perlu mendengar nasihat doktor sebelum membuat keputusan.
“Saya tidak mempunyai masalah untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Namun saya perlu mengambil masa yang agak lama untuk kembali pada prestasi terbaik selain mengambil kira tahap kesihatan pada waktu itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










