Chong Wei tampil esok - Utusan Malaysia

Chong Wei tampil esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal membuat penampilan pertama selepas hampir tiga bulan menyepi setelah disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama.

Pemegang tiga pingat perak Olimpik itu akan bertemu media dalam satu sidang akhbar khas di Bukit Kiara esok.

Difahamkan Chong Wei, 36, akan menjelaskan perkembangan terkini berhubung kesihatan dan hala tuju kerjayanya.

Pemain kelahiran Bagan Serai itu sebelum ini memohon semua pihak untuk menghormati ruang peribadinya setelah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan di Taiwan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN