Chong Wei jalani 33 kali rawatan kemoterapi di Taiwan - Utusan Malaysia

Chong Wei jalani 33 kali rawatan kemoterapi di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendedahkan beliau terpaksa menjalani 33 kali rawatan kemoterapi sepanjang lebih dua bulan berada di Taiwan.

Menurut pemain berusia 36 tahun itu, rawatan paling me­nyakitkan sewaktu berada di sana ialah pada minggu ketiga yang menyaksikan beliau tidak mampu bercakap, makan serta minum.

“Leher saya menjadi kehitaman setiap kali menjalani rawatan tersebut. Minggu ketiga di sana adalah yang paling sukar kerana saya tidak boleh bercakap dan makan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menangis setiap kali makan atau minum kerana sakit, tetapi saya paksa juga kerana untuk melakukan kemoterapi saya memerlukan tenaga.

“Sekarang saya perlu membuat pemeriksaan setiap tiga bulan.

“Sepanjang berada di Taiwan, saya rasa ia adalah pengalaman yang paling sukar untuk saya lalui. Ini kerana sepanjang berada di sana, saya telah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 33 kali,” katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini semalam

Mengimbau kembali saat be­liau mula diagnosis dengan kan­ser cerita Chong Wei, dia berasa tidak sihat selepas Kejohanan Terbuka Indonesia Julai lalu.

“Saya sangat terkejut kerana disahkan menghidap kanser hidung.

“Saya menangis seminggu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya juga tidak boleh tidur dan makan dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun ada seorang doktor memberi cadangan kepada saya untuk melakukan rawatan di ­Taiwan.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga, kami bersetuju untuk ke Taiwan dan saya berada di sana selama dua bulan setengah. Sokongan daripada semua pihak telah memberi saya motivasi untuk melawan kanser ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN