KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) mengesahkan tiga pemain telah digugurkan daripada senarai pasukan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 iaitu Nor Azam Abdul Azih, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Azzizan Nordin. Berdasarkan senarai akhir 23 pemain yang diumumkan semalam, hanya lapan pemain memiliki pengalaman mewakili negara pada kejohanan bola sepak terbesar Asia Tenggara edisi 2016 yang menyaksikan skuad Harimau Malaya terkandas pada peringkat kumpulan. Barisan…










