Chelsea tidak perlu beli pemain - Utusan Malaysia

Chelsea tidak perlu beli pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Nov. – Maurizio Sarri mengakui Chelsea tidak terdesak untuk membuat pembelian baharu pada Januari depan dan menegaskan tugasnya adalah meningkatkan kualiti skuad sedia ada kelab berkenaan.

Meskipun Chelsea menyer­tai kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan merekodkan 11 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Sarri, pengendali dari Itali itu jelas tidak gembira dengan jentera pertahanannya.

Pengurus berusia 59 tahun itu percaya Blues mampu me­lebihi objektif minimum, meng­huni tangga empat teratas liga dan berkata, keha­dirannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya berharap kepada jendela perpindahan.

“Kami bertahan dengan baik di Burnley dan tiga hari kemudian kami tidak dapat bertahan dengan cara yang sama,” kata Sarri.

“Adalah berbahaya jika ia tidak mempunyai kesinambungan, kami perlu memperbaikinya.

“Saya perlu berfikir yang saya perlu membantu pemain-pemain ini untuk meningkat. Adalah mudah untuk membeli pemain bagi menyelesaikan masalah.

“Saya fikir kami perlu me­ningkat bersama pemain-pemain ini kerana mereka boleh bertambah baik. Saya perlu berfikir bagaimana untuk meningkatkan kualiti pemain-pemain saya. Ia adalah kerja saya. Untuk pembelian pemain ia bergantung kepada kelab,” katanya.

Chelsea bakal turun menentang Crystal Palace, esok de­ngan misi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam aksi liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN