LONDON 3 Nov. – Maurizio Sarri mengakui Chelsea tidak terdesak untuk membuat pembelian baharu pada Januari depan dan menegaskan tugasnya adalah meningkatkan kualiti skuad sedia ada kelab berkenaan. Meskipun Chelsea menyertai kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan merekodkan 11 perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian Sarri, pengendali dari Itali itu jelas tidak gembira dengan jentera pertahanannya. Pengurus berusia 59 tahun itu percaya Blues mampu melebihi objektif minimum, menghuni tangga empat teratas liga dan berkata, kehadirannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan bukannya berharap kepada jendela perpindahan. “Kami bertahan dengan baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya