BARYSAW, Belarus – Chelsea mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Liga Europa selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas BATE Borisov di Borisov Arena awal pagi semalam. Jaringan tunggal yang dihasilkan penyerang The Blues, Olivier Giroud turut menyaksikan pemain antarabangsa Perancis itu menamatkan kemarau gol dalam tempoh 794 minit. Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan pemain-pemainnya apabila terlalu memberi ruang kepada pasukan tuan rumah melakukan serangan. “Saya akui kami tidak bermain dengan baik, terutamanya pada separuh masa pertama kerana menampilkan aksi yang sangat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya