Charles Santiago dilantik Pengerusi SPAN - Utusan Malaysia

Charles Santiago dilantik Pengerusi SPAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Klang Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Xavier berkata pelantikan itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula hari ini hingga 31 Oktober, 2020.

“Terdapat banyak kerja di hadapannya sebagai pengerusi SPAN, kerana ia merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi pentadbiran air dan ada banyak lagi perkara yang kita nantikan dengan pelantikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Xavier juga berkata lantikan  politik daripada  kerajaan terdahulu di SPAN harus cukup berani untuk melepaskan jawatan mereka setelah pemerintah berubah.

Sementara itu, Charles menyatakan keyakinan dalam  melaksanakan peranan baharunya itu.

“Saya sudah biasa dengan  industri air dan juga pemain industri ini. Saya berharap dapat membawa beberapa perubahan  seperti yang dimandatkan oleh menteri untuk tempoh  dua tahun akan datang,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN