Cemas gigi zombie melekat - Utusan Malaysia

Cemas gigi zombie melekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila gigi palsu yang dipakainya untuk perayaan halloween melekat dan gagal ditanggalkan daripada gigi sebenar.

Anna Tew membeli gigi palsu berharga AS$3 (RM12.55) untuk melengkapkan penampilan sebagai zombie sempena perayaan tersebut.

Namun, malang menimpa apabila gigi palsu yang dilekatkan dengan menggunakan gam khas itu gagal ditanggalkan dan lebih parah, tersangkut pada giginya.

Keadaan itu mengakibatkan Tew mengalami serangan panik beberapa kali.

“Saya cuba tanggalkan (gigi palsu) dengan menggunakan pemotong wayar tetapi gagal. Ia terlalu ketat,” katanya kepada WKRG TV.

Dalam masa yang sama, Tew menggunakan pelbagai kaedah termasuk minum minuman panas untuk menanggalkan gigi tersebut.

“Ia masih melekat. Saya jadi panik.

“Saya cuba tidur untuk hilangkan panik, tetapi tidak dapat lelap,” katanya.

Tew memutuskan untuk mendapatkan bantuan di klinik gigi berdekatan bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin teruk.

“Pada awalnya, pihak klinik sedikit bingung dan tidak tahu nak buat apa.

“Kemudian, dengan peralatan khas, doktor berjaya menanggalkan gigi palsu tersebut daripada gigi sebenar,” ujarnya lega. – HUFFPOST

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN