CALIFORNIA 10 Nov. – Kebakaran hutan yang sukar dikawal di bandar Paradise, utara California telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang manakala seramai 35 mangsa masih hilang.
Mayat kesemua mangsa yang terkorban ditemukan dalam atau berhampiran kereta masing-masing yang terbakar, tiga daripadanya terletak di luar rumah manakala sebuah lagi di luar rumah.
Kebakaran yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri ini yang dikenali sebagai Camp Fire dan Woolsey Fire turut memusnahkan lebih 6,700 kediaman dan perniagaan selain memaksa lebih 150,000 penduduk di pantai Malibu berpindah.
“Kebakaran ini adalah tragedi paling buruk yang sejak dahulu lagi sangat ditakuti oleh penduduk di kawasan ini. Malangnya tidak semua orang berjaya menyelamatkan diri,’’ katanya.
Api pantas meranapkan bandar Paradise menyebabkan orang ramai terpaksa meninggalkan kereta masing-masing dan lari menyelamatkan diri ke jalan raya melalui bandar yang terletak di kawasan pergunungan itu.
Sebuah bas sekolah antara kenderaan yang ditinggalkan dan terbakar di salah sebuah jalan raya.
Camp Fire tercetus pada Khamis lalu di pinggir kawasan hutan negara, Plumas, timur laut Sacramento dan merebak ke kawasan seluas 36,421 hektar dan hanya lima peratus daripada kebakaran berjaya dikawal sejak malam tadi.
Sebanyak 6,543 rumah dan 260 bangunan komersil musnah di Paradise dan beberapa kawasan lain, kata Honea.
Sementara itu, kawasan Malibu dan Calabasas merupakan tempat kediaman ramai selebriti terkenal antaranya Kim Kardashian dan Lady Gaga.
Kim melalui Instagram menggesa orang ramai ‘mendoakan Calabasas selamat’ selain memaklumkan dia baharu berkemas untuk berpindah dari rumahnya di kawasan itu.
Lady Gaga yang telah berpindah dari kediamannya di Malibu turut memuat naik video di Instagram yang menunjukkan asap hitam tebal di belakangnya.
Kebakaran itu turut memusnahkan salah satu set penggambaraan siri televisyen popular, Westworld. – REUTERS/BBC










