KUANTAN 5 Nov. – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona di Kilometer 27 Jalan Temerloh-Jerantut, Temerloh dekat sini hari ini. Ketika kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pemandu kereta yang disyaki mabuk turut merempuh dua buah motosikal lain ditunggang dua remaja. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu berusia 29 tahun itu yang hilang kawalan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. “Ketika kejadian, kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Krau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya