PUTRAJAYA – Beberapa tokoh terkenal antarabangsa yang bukan daripada kalangan ahli politik telah dikenal pasti sebagai calon Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang baharu, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Maszlee yang dilaporkan bersetuju melepaskan jawatan Presiden UIAM yang mencetuskan kontroversi itu, berkata nama-nama calon itu akan dipersembahkan kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. “Bakal Presiden UIAM mesti terkenal di peringkat antarabangsa dan mempunyai reputasi yang tinggi,” katanya selepas…










