Calon Ketua AMK akui pemilihan PKR banyak kelemahan - Utusan Malaysia

Calon Ketua AMK akui pemilihan PKR banyak kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 12 Nov. – Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin mengakui pemilihan parti itu kali ini mendedahkan banyak kelemahan yang memerlukan tindakan segera pimpinan PKR.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, isu berkenaan sekiranya tidak ditangani dibimbangi boleh menyebabkan parti itu tidak mampu bertahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan parti tersebut akan melaksanakan kaedah baharu bagi menentukan ahli-ahli mereka yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada masa akan datang.

“Sebelum ini kita menggerakkan Bersih yang menuntut sitem pilihan raya telus, kita mempersoalkan senarai pemilih dan kini ahli-ahli kita pula mempersoalkan perkara-perkara itu dalam pemilihan parti yang berlangsung sejak tiga bulan lalu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN