IPOH – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini, Mohd Aiman Khairil Anuar yakin di sebalik kesulitan mengalami cacar air semasa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti ia memberi hikmah kepadanya. Mohd Aiman, 17, berkata, beliau yang mengalami penyakit itu sejak seminggu lalu tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan tersebut. “Pada mulanya saya khuatir ia akan menggangu konsentrasi sewaktu menduduki peperiksaan, tapi alhamdulillah setakat pagi tadi semuanya nampak baik. “Mungkin…










