Caj bagasi: Ryanair ditipu - Utusan Malaysia

Caj bagasi: Ryanair ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Nov. – Seorang lelaki mendedahkan kejayaannya mengelak caj bagasi penerba­ngan Ryan­air dengan menjahit ke­semua pakaian dalam baju kotnya, sebelum meneruskan penerba­ngan tanpa sebarang masalah.

Menurut Dailymail, Lee Cemino, 30, pemilik hartanah dari Stoke-on-Trent, Staffordshire, merakamkan keseluruhan perbuatannya sehinggalah berjaya menaiki pesawat.

Cemino memberitahu Mail Online, dia sering menggunakan Ryanair, kerana penerbangan murah dan destinasinya hebat.

Beliau, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan caj baharu bagasi seba­nyak lapan pound (RM43.60) yang diper­kenalkan syarikat itu.

Dasar baharu Ryanair itu ber­kuatkuasa pada 1 November lalu, tidak lagi membenarkan penumpang membawa beg kecil yang tidak sesuai diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan atau lebih daripada 10 kilogram (kg) secara percuma.

Cemino berkata, dia memutuskan untuk tidak mahu mengeluarkan wang bagi caj bagasi dan memilih untuk menggunakan kepintarannya untuk mengelak membayar.

“Saya mempunyai satu baju kot lama di rumah, kenapa tidak saya mencuba dan melihat apa yang boleh dilakukan oleh tukang jahit tempatan. Kami berjaya membuktikan, kami boleh melakukannya!,” ujarnya.

Beliau menambah, meskipun kelihatan tidak masuk akal tetapi apa yang dilakukannya tidak disedari oleh sesiapa pun.

“Sekiranya anda hanya perlu pergi (melakukan perjalanan) untuk sehari atau dua, kenapa perlu membayar kos bagasi?,” soal Cemino.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN