LONDON 6 Nov. – Seorang lelaki mendedahkan kejayaannya mengelak caj bagasi penerbangan Ryanair dengan menjahit kesemua pakaian dalam baju kotnya, sebelum meneruskan penerbangan tanpa sebarang masalah. Menurut Dailymail, Lee Cemino, 30, pemilik hartanah dari Stoke-on-Trent, Staffordshire, merakamkan keseluruhan perbuatannya sehinggalah berjaya menaiki pesawat. Cemino memberitahu Mail Online, dia sering menggunakan Ryanair, kerana penerbangan murah dan destinasinya hebat. Beliau, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan caj baharu bagasi sebanyak lapan pound (RM43.60) yang diperkenalkan syarikat itu. Dasar baharu Ryanair itu berkuatkuasa pada 1 November lalu, tidak lagi membenarkan penumpang membawa beg kecil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya