Cadangan cukai eksais minuman bergula akan dibincang di Kabinet - Utusan Malaysia

Cadangan cukai eksais minuman bergula akan dibincang di Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Cadangan untuk melaksanakan cukai eksais bagi minuman bergula akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, cadangan itu adalah antara 12 polisi dasar ke arah hidup sihat yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia adalah usaha kerajaan untuk mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan rakyat.

“Cukai ini belum diperincikan, kita nak bawa ke Kabinet dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memperhalusinya.

“Hasil cukai mungkin dimasukkan ke dalam dana Kumpulan Wang Disatukan, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri wakil 12 kementerian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN