SUDAH menjadi lumrah dalam sesebuah stesen televisyen, pelbagai tarikan rancangan baharu sentiasa perlu direncana menyajikan hanya program terbaik buat tatapan penonton setia. Selari dengan gelaran sebagai stesen TV Islam Terbaik Asia menerusi Asia Halal Brand Awards (AHBA) dan misi mengetengahkan elemen Rahmatan Lil Alamin yang membawa maksud pembawa rahmat ke seluruh alam, baru-baru ini TV Alhijrah telah memperkenalkan tiga lagi rancangan baharu sebagai medium hiburan berinformasi kepada penonton. Bukan dibikin…










