Bunga api, mercun, minuman keras RM23.3 juta dirampas - Utusan Malaysia

Bunga api, mercun, minuman keras RM23.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas bunga api, mercun dan minuman keras bernilai RM23.3 juta menerusi Op Deepavali yang dijalankan di seluruh negara bermula 15 Oktober hingga hari ini.

Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Azimah Abd. Hamid berkata, dalam tempoh 28 hari itu pihaknya menjalankan sebanyak 3,380 pemeriksaan membabitkan serbuan ke atas premis, sekatan jalan raya serta rondaan air dan darat.

Ujarnya, sejumlah 382 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai kesalahan dan daripada keseluruhan kes berkenaan, sebanyak 170 kes dikompaun dengan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM539,354 manakala 186 kes lagi masih dalam siasatan.

“Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 22 kes adalah tangkapan membabitkan 1,054 kilogram mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai RM17,252 iaitu lapan kes daripadanya dikompaun sebanyak RM9,450.

“Bagi tangkapan membabitkan minuman keras pula, sebanyak 119 kes dihasilkan melibatkan sebanyak 231,460.89 liter minuman keras bernilai RM1.65 juta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN