Bung Moktar ingatkan kerajaan PH dengan lagu Hatiku Luka Lagi - Utusan Malaysia

Bung Moktar ingatkan kerajaan PH dengan lagu Hatiku Luka Lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Bait-bait lagu popular daripada kumpulan Black Dog Bone, Hatiku Luka Lagi yang didendangkan oleh Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika sesi perbahasan menyegarkan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Bung Moktar Radin
BUNG MOKTAR

Bung Moktar yang terkenal dengan kelantangan berbicara ketika sidang itu menyanyikan bait-bait lagu tersebut untuk memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai harapan yang telah diberikan mereka kepada rakyat sebelum ini.

“Harapan setinggi gunung berderai menjadi debu, harapan yang diberi kepada rakyat jangan menjadi debu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat satu ketika menolak Barisan Nasional (BN) jadi tidak hairan kalau rakyat bertindak yang sama nanti, saya orang baik maka saya beri amaran sebab kerajaan ini baru dibina kalau hilang sekelip mata maka payah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×