Bukan anggota PDRM, hanya bekas PVR - Utusan Malaysia

Bukan anggota PDRM, hanya bekas PVR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Polis menafikan penglibatan anggotanya dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

“Itu tidak benar. Dia bukanlah anggota polis tetapi anggota PVR yang telah lama ditamatkan tugasnya,” katanya kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Tular video berdurasi sembilan saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki sedang mengawal keadaan di kuil berkenaan.

Selain itu, gambar lelaki sama dalam video berkenaan memakai uniform polis turut tular di laman sosial.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN