KUALA LUMPUR 12 Okt. – ‘Boy Tiger’ yang diburu kerana dipercayai mempunyai kaitan kes penderaan anak tiri lelakinya sehingga maut ditahan di Kajang dekat sini hari ini. Penahanan lelaki berusia 31 tahun itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika dia menghantar isterinya yang juga ibu kandung mangsa ke Hospital Kajang dekat sini untuk melahirkan bayi pada pukul 9.30 pagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat…










