SAO PAULO 10 Nov. – Mercedes kembali ke kedudukan teratas dalam sesi latihan bebas Grand Prix Brazil, hari ini, sekali gus memberi bayangan awal bersedia merangkul gelaran pengeluar dunia Formula 1 (F1) buat kali kelima. Pemandu Finland, Valtteri Bottas yang belum berpeluang menikmati kemenangan musim ini kerana tenggelam di belakang rakan sepasukan, Lewis Hamilton, mencatat masa terpantas satu minit 08.846 saat (s) dalam cuaca mendung di Interlagos. Hamilton, yang menggondol…










