KUALA LUMPUR – Pelakon watak Hantu Kak Limah, Dalimawati tampil meluahkan perasaan kecewa mengenai bonus yang diterima tidak setimpal dengan kutipan keseluruhan filem berkenaan yang mengutip RM38 juta. Dalimawati atau nama sebenarnya, Dalimawati Ismail menjadi individu kedua meluahkan perasaan yang sama selepas pelakon utama filem berkenaan, Awie berbuat demikian semalam. Melahirkan rasa kecewa itu, dia turut mengakui enggan lagi berlakon dalam filem berkenaan jika ia diterbitkan oleh penerbit yang sama…










