Bonus diberikan sebagai tanda penghargaan - Astro Shaw - Utusan Malaysia

Bonus diberikan sebagai tanda penghargaan – Astro Shaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penerbit filem Hantu Kak Limah (HKL), Astro Shaw dan Infinitus Entertainment Group menjelaskan pembayaran bonus kepada pelakon dan kru produksi tidak terkandung dalam syarat kontrak filem tersebut, namun ia tetap diberikan sebagai tanda penghargaan.

Katanya, jumlah bonus yang ditetapkan adalah berdasarkan budi bicara penerbit.

“HKL adalah salah sebuah filem yang telah melangkau jangkaan sekali gus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Bagaimanapun, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi,” katanya kenyataan itu.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25 peratus melalui cukai hiburan.

“Daripada jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pempamer sebanyak 40:60. Jumlah 40% itu pula, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai,” ujar kenyataan itu. 

Isu pembayaran bonus menjadi panas selepas pelakon utama HKL, Awie dan Dalimawati tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan bayaran bonus yang diterima.

Ia dianggap tidak setimpal dengan kutipan filem berjumlah RM38 juta setelah mencatat jualan pecah panggung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN